KEM KEPIMPINAN PENGAWAS | SRA JALAN KEBUN | 11-12 APRIL 2026
Dalam usaha melahirkan barisan pengawas yang berwibawa dan berintegriti, SRA Jalan Kebun telah menganjurkan Kem Kepimpinan Pengawas pada 11 hingga 12 April 2026 di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC). Program dua hari satu malam ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan memantapkan lagi kemahiran kepimpinan murid dalam memikul amanah serta menguatkuasakan disiplin sekolah. Suasana semula jadi di KSCC menyediakan ruang pembelajaran luar bilik darjah yang sangat kondusif bagi membentuk sahsiah diri yang terpuji.
Pelbagai aktiviti interaktif dan mencabar telah dilaksanakan, merangkumi latihan dinamika kumpulan, slot pembinaan sahsiah Islamiah (ikhlas dalam memimpin), serta kembara kepimpinan luar zon selesa. Melalui modul-modul ini, para pengawas bukan sahaja dilatih untuk bekerja dalam satu pasukan, malah diterapkan nilai keberanian, ketegasan yang berhemah, serta tanggungjawab sebagai contoh teladan (qudwah hasanah) kepada murid-murid lain. Kem kepimpinan ini melabuhkan tirainya dengan jayanya, sekaligus menyuntik semangat baharu kepada barisan pengawas untuk berkhidmat dengan lebih dedikasi.






