Skip to main content

KAMPUNG PELANGI KUALA SELANGOR / KUALA SELANGOR RAINBOW VILLAGE (KSRV)

Terletak di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) di Kampung Bukit Hijau, Jeram Selangor. Lokasi KSRV berhampiran Bandar Puncak Alam. (Link lokasi)

Berinspirasikan Kampung Pelangi yang telah wujud dan viral di Korea, Taiwan dan Indonesia. Diusahakan oleh seorang guru yg berhasrat untuk membawa dan merasai keriangan, keceriaan dan keindahan pada keluarga kita semua tanpa perlu pergi keluar negara…

 

HARGA TIKET MASUK KAMPUNG PELANGI KUALA SELANGOR + MINI ZOO + 10 AKTIVITI PERCUMA

LOKASI :

https://maps.app.goo.gl/uPKJG2AfydU4wA8w6

HARGA TIKET :
#Hari Sabtu, Ahad & Cuti Umum
– Dewasa (RM 15.00)
– Warga Emas & Kanak-kanak umur 3 hingga 12 tahun (RM 10.00)
#Hari Biasa
– Dewasa (RM 12.00)
– Warga Emas & Kanak-kanak umur 3 hingga 12 tahun (RM 8.00)
– Kanak-kanak umur bawah 3 tahun PERCUMA !

NOTA :
Sebahagian duit bayaran tiket masuk, sewaan bilik penginapan dan bayaran pakej, diperuntukan untuk kelestarian Pondok Balai Ilmu (PBI). Iaitu Kelas Pengajian Iqra’ & Al-Quran untuk kanak-kanak, Pengajian Fiqh Muslimat dan Pengajian Daurah Kitab untuk umum secara percuma kepada masyarakat setempat.

Kesemuanya dilaksanakan di Surau KSCC.  Merupakan sebuah program CSR (Corporate Social Responsibility) kelolaan KSCC & SAFC Training & Consultant yang telah beroperasi sejak sekian lama.

WAKTU OPERASI :
#Isnin hingga Khamis.
Buka jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja. (REHAT & SOLAT 1.00 – 2.00 ptg)
#Jumaat.
Buka jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja. (REHAT & SOLAT 12.30 – 2.30 ptg)
#Sabtu dan Ahad / Public Holiday.
Buka jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. (REHAT & SOLAT 1.00 – 2.00 ptg)

10 AKTIVITI PERCUMA :
1. PERCUMA main Yoyocart 1 kali slide. Slide seterusnya berbayar :
a) 3 X Slide = RM 5.00
b) 4 X Slide = RM 7.00
c) 6 X Slide = RM 10.00

2. PERCUMA archery / Memanah utk 2 anak panah awal. Anak panah seterusnya berbayar :
a) 5 Anak Panah = RM 5.00
b) 8 Anak Panah = RM 7.00
c) 12 Anak Panah = RM 10.00

3. PERCUMA menggunakan dapur masak grill BBQ (arang tidak disediakan)
4. PERCUMA bersantai di Hammock / Buai kain yg berwarna – warni
5. PERCUMA mencabar diri melalui obstacle / Rentas halangan kem.
6. PERCUMA mandi di Mini Swimming Pool (untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.)
7. PERCUMA masuk ke kawasan Pet Feeding (makanan ada dijual di kaunter hadapan. RM 2.00 sebungkus untuk Arnab, Angsa, Kuda, Ikan dan Rusa)
8. PERCUMA ambil gambar dihadapan tempat-tempat menarik di KSCC Spt Hobbitstay, Tubestay kemudian upload Check-in di fb KSCC. (Berpeluang utk memenangi PENGINAPAN FREE 1 malam jika gambar terpilih sebagai pemenang peraduan bulanan)
9. PERCUMA bermain extreme sport Kids Wall Climbing (Risiko atas tanggungjawab ibu bapa / penjaga)
10. PERCUMA masuk dan menikmati keindahan bunga di Taman Flora KSCC (ada jualan pasu & bunga)

AKTIVITI BERBAYAR :
1. Sewa Basikal – Keliling kawasan kem hanya RM 5.00 shj sejam. Ronda-ronda keliling kampung RM 10.00 shj sejam.
2. Soopa Doopa – RM 5.00 untuk sejam
3. Keretapi Drum ATV – RM 5.00 seorang (1 kali pusing track laluan)
4. Junior Archery – Main set anak panah plastik RM 5.00 sejam seorang !
5. Main lompat-lompat di Trampoline KSCC RM 5.00 sejam seorang.
6. Menangguk ikan kecil RM 3.00 sejam seorang (nak bawa balik 1 ekor  RM 2.00 je)
7. Memancing di kolam ikan KSCC (Joran & umpan bawa sendiri) 1 joran RM 10.00 shj. Tangkap & lepas semula. Ikan Patin, Haruan, Keli, Talapia & Puyu.
8. Aktiviti kesenian ‘Sand Art’ RM 2.00 – RM 3.00 sekeping shj. (boleh bawa balik)

AKTIVITI SAMPINGAN F.O.C :
– Menggunakan dapur BBQ yg disediakan (Arang beli sendiri)
– Bermain Pingpong. Carrom, Dam Haji dan Congkak.

UNTUK KETERANGAN LANJUT & TEMPAHAN BOLEH TERUS DATANG KE KSCC @ KSRV HUBUNGI KAMI :
#Call Shj. Cik Eka / Cik Diha 01151102483 / 0194814845 / Wassap Shj Cik Balqis / Cik Rohaida 0125474845 / 0174108067 Waktu Pejabat 8.00 pg – 5.00 ptg. (1.00 – 2.00 ptg Solat/Lunch hour), kami buka 7 hari seminggu, insya Allah. / email kami : safctrainingconsultant@gmail.com.
#Sila layari juga : www.ksccjeram.com
Kuala Selangor Cabin Camp – KSCC
www.facebook.com/KualaSelangorRainbowVillage

SEMUA PENGUNJUNG DIKEHENDAKI MEMAKAI MASK DAN SENTIASA MEMATUHI S.O.P YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK KKM SEPANJANG TEMPOH PKPP.

Tolong pakat share ramai-ramai ye… ! Jika ada pengunjung yg datang anda juga akan dapat pahalanya, insya Allah. Sebab sebahagian dari kutipan tiket adalah untuk membiayai pengajian Pondok Balai Ilmu (PBI) kami…

 

#TolongPakatShare pada kawan² dan sanak saudara ye… Kami dah lama bertahan nak survive dalam tempoh yg sukar ini. Ada banyak keluarga yg menumpang mencari rezeki di sini.