JENIS |
HARGA (RM) |
KAPASITI | TANDAS DI DALAM PENGINAPAN |
AIR-COND |
RIVERVIEW |
90 | 3 |
✅ |
|
HOMESTAY |
400 | 8 | ✅ |
✅ |
BUSSTAY |
180 | 5 |
✅ |
|
CABINSTAY TOILET |
150 | 4 | ✅ |
✅ |
CABINSTAY BIASA |
130 | 4 |
✅ |
|
CABIN TYPE A |
100 | 3 |
|
|
HOBBITSTAY |
80 | 2 |
|
|
TUBESTAY |
120 | 2 |
✅ |
|
TWINSTAY ATAS |
250 | 6 |
✅ |
|
TWINSTAY BAWAH |
200 | 4 |
✅ |
|
TINY HOUSE |
250 | 2 | ✅ |
✅ |
GUEST HOUSE |
160 | 8 |
✅ |
|
DORMSTAY |
300 | 8 |
✅ |
|
CAPSULE STAY |
60/PAX @ 800/UNIT (16 PAX) |
16 |
✅ |
PERATURAN PENGINAPAN DI KUALA SELANGOR CABIN CAMP (KSCC)
PARA TETAMU/PENGINAP YANG DIHORMATI DIMINTA MEMATUHI SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN BERIKUT :
1. Tetamu adalah terdiri daripada kaum keluarga yang mempunyai hubungan MAHRAM atau kumpulan rakan yang SAMA JANTINA.
2. Makanan dan minuman HALAL sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke premis penginapan. Makanan yang Non Halal dan minuman keras/alkohol tidak dibenarkan sama sekali. TERMASUK DADAH SERTA APA APA YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG UNDANG.
3. Menjaga kebersihan dalam dan luar premis. Buang sampah ke dalam bakul sampah dan tong sampah yang telah disediakan. DILARANG MEROKOK DALAM RUMAH/TERUTAMA BILIK TIDUR.
4. Menggunakan kemudahan yang disediakan di bilik penginapan dengan cara berhemah dan tidak membazir. Tutup lampu, kipas dan aircond jika tidak digunakan.
5. Meletakkan kenderaan dengan tertib dan tidak mengganggu lalu lintas dan rumah jiran. Tidak menghalang / Blocking kenderaan tetamu lain.
6. Bayaran penuh bilik dan deposit keselamatan hendak di selesaikan sebelum check in.
7. Tetamu hendaklah mengisi BORANG PENGINAPAN terlebih dahulu sebelum check in. JUMLAH PENGINAP hendaklah sama dengan yang tercatat di dalam BORANG PENGINAPAN. Jumlah penginap tidak boleh lebih dari jumlah yang telah ditetapkan mengikut jenis penginapan.
8. Jangan tinggalkan barang berharga di dalam bilik penginapan. Pastikan pintu dan gril dikunci apabila meninggalkan bilik penginapan. Pihak kami TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kehilangan atau kerosakan barang yang ditinggalkan.
9. Jangan buang sesuatu (terutama tuala wanita dan tisu) ke dalam mangkuk tandas untuk mengelakkannya dari tersumbat. JAGA KEBERSIHAN BERSAMA.
10. Laporkan sebarang kerosakan yang berlaku. Deposit keselamatan anda mungkin ditolak sebagai ganti rugi kerosakan yang berlaku jika disebabkan kecuaian anda.
11. Anggaplah bilik penginapan ini umpama bilik di rumah anda sendiri. Harap anda kemas seperti ketika anda masuk (Check In) dan apabila anda keluar (Check Out)
12. Jangan AMBIL BARANG HAK MILIK KSCC DAN MEMBUAT KOTOR PADA DINDING PENGINAPAN. Sekiranya berlaku, WAJIB BAYAR GANTI RUGI ATAU LAPORAN POLIS AKAN DIBUAT.
14. Dilarang sama sekali mengadakan sebarang majlis family day sekiranya tidak mengambil pakej family day semasa booking.
15. Harap maaf ! Binatang peliharaan tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke dalam premis kami.
16. Digalakkan solat fardhu di Surau Pondok Balai Ilmu. Terletak bersebelahan pejabat urusan KSCC.
17. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk di sekitar KSCC, berkelakuan sopan dan tidak membuat bising sesuka hati. Terutama selepas 12.00 tengah malam.
18. Sila cuci dan basuh serta kembalikan ketempat asal semua peralatan memasak, pinggan-mangkuk yang telah digunakan bagi penyewa homestay.
19. Sila bawa tuala sebelum membawa anak mandi di kolam renang mini. Jangan masuk ke dalam bilik penginapan dalam keadaan basah. Masa mandi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja. Kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mesti ditemani dan dipantau oleh ibubapa/orang dewasa.
20. Tidak dibenarkan berbasikal atau melawat ke Petting Zoo pada waktu malam. Tolong jangan memberi makan pada haiwan di luar waktu lawatan.
21. Sekiranya penginap ingin mendapatkan kemudahan Dapur BBQ, perlu memberitahu awal semasa booking penginapan. Tolong bersihkan Dapur BBQ dan letakkan di tempat asal setelah digunakan.
22. Aktiviti CAMPFIRE hanya boleh dibuat di tempat yang telah ditetapkan (berhadapan Tubestay). Waktu aktiviti campfire hanya sehingga jam 12.00 tengah malam shj. Boleh berjumpa dengan JAGA KSCC untuk menghidupkan unggun api.
23. Caj tambahan sebanyak RM 15.00 (1 joran) dikenakan sekiranya anda hendak melakukan aktiviti memancing. (Sila buat pembayaran semasa check in). Kami gunakan konsep tangkap & lepas (ikan tidak boleh di bawa balik).
24. Jika anda mengubah kedudukan sebarang perabot, sila susun semula dan kembalikan ketempat asal sebelum anda check-out.
25. Kunci bilik penginapan hendaklah diserahkan kepada pihak pengurusan bila anda check-out. Bayaran deposit keselamatan RM50.00 akan dipulangkan semula kepada anda sebaik sahaja anda menyerahkan kunci setelah pihak pengurusan memastikan tiada kerosakan atau kehilangan peralatan di dalam penginapan.
26. Denda RM 25.00 akan dikenakan jika kehilangan kunci bilik penginapan atau kunci patah.
27. Masa masuk (check in) : 3.00 petang. Masa keluar (check out) : 12.00 tengah hari.
28. Anda boleh minta check out lewat dengan kadar caj tambahan RM10.00 sejam dengan syarat tiada customer lain yang akan masuk pada hari berkenaan.
29. Sekiranya perlukan bantuan dan rujukan, sila berjumpa dengan Pegawai Keselamatan KSCC yang bertugas. (7.00 malam – 7.00 pagi). Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk keselesaan anda.
30. Pihak Pengurusan KSCC berhak meminda atau menukar syarat-syarat dan peraturan penginapan ini mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.
31. Pihak Pengurusan KSCC berhak untuk masuk ke dalam penginapan untuk mematikan penghawa dingin sekiranya penginapan tidak berpenghuni dan penghawa dingin masih terbuka.
Jika ada sebarang kekurangan sila beritahu kami, kami akan berusaha perbaiki. Jika anda seronok menginap di sini, sila beritahu kawan ! Semoga menjadi amal jariah anda dapat membantu mempromosikan tempat kami…
“TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI DATANGLAH LAGI.”
Yang Ikhlas,
Pengurusan KSCC.
Komen Terkini