KEM KEPIMPINAN PELAJAR | PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN | 9-10 APRIL 2026
Melabuh tirai siri program bagi fasa ini, Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin telah mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar pada 9 hingga 10 April 2026 di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC). Program ini memfokuskan kepada pendedahan awal kepada para pelajar tentang kepentingan jati diri, disiplin kepimpinan, dan kecintaan terhadap alam sekitar. Lokasi KSCC yang kaya dengan flora dan fauna memberikan pengalaman pembelajaran serta pembentukan sahsiah yang sangat bermakna kepada setiap peserta.
Pelbagai modul menarik telah disusun sepanjang program, termasuk kembara alam semula jadi, latihan membina menara kepimpinan (team building), dan slot pengurusan organisasi. Melalui aktiviti-aktiviti ini, pelajar bukan sahaja diasah sifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan, malah dipupuk nilai ukhuwah yang tinggi sesama mereka. Kem kepimpinan ini berakhir dengan jayanya, meninggalkan impak positif dalam pembentukan karakter pelajar yang lebih berdisiplin, berwibawa, dan bertanggungjawab.






