Perkhemahan Perdana SK Rasa | 24-26 Oktober 2025
Melabuh tirai siri program akhir tahun 2025, SK Rasa dari daerah Hulu Selangor, Selangor telah mengadakan Perkhemahan Perdana pada 24 hingga 26 Oktober 2025 di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC). Program ini memfokuskan kepada pendedahan awal kepada murid sekolah rendah tentang kepentingan kemandirian dan kecintaan terhadap alam sekitar. Lokasi KSCC yang kaya dengan flora dan fauna memberikan pengalaman pembelajaran yang sangat bermakna kepada setiap peserta.
Pelbagai modul menarik telah disusun sepanjang program, termasuk kembara alam semula jadi, malam unggun api (bonfire night), dan latihan pertolongan cemas asas. Melalui aktiviti-aktiviti ini, murid bukan sahaja belajar teknik kemandirian, malah diasah sifat kepimpinan dalam menguruskan pasukan kecil. Perkhemahan ini berakhir dengan jayanya, meninggalkan impak positif dalam pembentukan karakter murid yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.






