Skip to main content

PERTANDINGAN MEMANCING

HADIAH WANG TUNAI KESELURUHAN RM 1,000.00 PERLU  DIMENANGI ! PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA TAHUN BARU 2021 DI KSCC :

INFO PERTANDINGAN :
Tarikh :
1) 06 – 07/3/2021
2) 13 – 14/3/2021
3) 20 – 21/3/2021
4) 27 – 28/3/2021

Hari : Sabtu & Ahad (4 minggu berturut – turut)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 ptg. (1.00 – 2.00 ptg REHAT / SOLAT)
Jenis Ikan : Ikan Keli, Haruan, Talapia, Patin & Puyu
Kategori Pertandingan : Ikan Terberat Sahaja.
Penganjur : Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)
Yuran Pendaftaran : RM 30.00 sahaja untuk setiap 1 joran.

Lokasi Pertandingan :

Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC)
https://maps.app.goo.gl/uPKJG2AfydU4wA8w6

HADIAH DITAWARKAN :
JOHAN – Wang Tunai RM 600.00
N/JOHAN – Wang Tunai RM 300.00
KETIGA – Wang Tunai RM 100.00

SYARAT DAN PERATURAN :
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia, lelaki dan perempuan serta terbuka kepada pelbagai peringkat umur.
2. Selain yuran penyertaan pertandingan, setiap peserta juga perlu membayar tiket masuk ke dalam kawasan KSCC dan mengisi borang penyertaan pertandingan.
3. Jumlah penyertaan pada setiap hari pertandingan dihadkan tidak melebihi 30 orang dan hendaklah mengikut S.O.P KKM. Sila daftar awal melalui telefon atau wasap ke pejabat KSCC.
4. Peralatan memancing dan umpan tidak disediakan oleh pihak penganjur. Sila bawa sendiri.
5. Boleh menggunakan pelbagai jenis joran dengan pelbagai cara dan teknik memancing asalkan tidak mengganggu peserta lain.
6. Tidak boleh dibantu oleh ahli keluarga peserta yg lain, membawa ikan dari luar atau melakukan sebarang bentuk penipuan yg lain.
7. Setiap joran tidak dibenarkan menggunakan lebih dari satu mata kail. Tetapi setiap peserta boleh menggunakan lebih dari 1 joran, dengan syarat berdaftar
8. Masa memancing dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 ptg. Mohon jangan tinggalkan Solat Zohor. Surau ada disediakan. Pada waktu Rehat / Solat iaitu antara jam 1.00 – 2.00 TIDAK DIBENARKAN MEMANCING.
9. Pemenang dinilai pada timbangan ikan terberat yang berjaya dipancing di Kolam Pancing KSCC.
10. Setiap peserta dikehendaki terus menimbang ikan yg berjaya diperolehi di meja urusetia dan terus melepaskan ikan tersebut semula ke dalam kolam.
11. Hanya ikan yg masih hidup sahaja yg layak untuk ditimbang. Jika ikan yg telah dipancing mati maka tidak akan dikira.
12. Keputusan pertandingan akan diumumkan sehari selepas selesai pada minggu terakhir pertandingan.
13. Wang hadiah para pemenang akan ditransfer ke akaun bank masing – masing dalam masa seminggu selepas keputusan pertandingan diumumkan.
14. Hadiah Wang Tunai bukan dari duit penyertaan setiap peserta tapi dari peruntukan khas dari syarikat (tiada unsur perjudian) Yuran penyertaan RM 20.00 untuk bayar gaji pekerja dan makanan haiwan Mini Zoo KSCC.
15. Seorang peserta hanya layak memenangi satu hadiah sahaja.
16. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Tiada rayuan dibenarkan !
17. Semua staff KSCC tidak layak untuk menyertai pertandingan ini.

NOTA :
Sebahagian duit bayaran tiket masuk, sewaan bilik penginapan dan bayaran pendaftaran penyertaan pertandingan, diperuntukan untuk kelestarian Pondok Balai Ilmu (PBI). Iaitu Kelas Pengajian Iqra’ & Al-Quran untuk kanak-kanak, Pengajian Fiqh Muslimat dan Pengajian Daurah Kitab untuk umum secara percuma kepada masyarakat setempat.

Kesemuanya dilaksanakan di Surau KSCC.  Merupakan sebuah program CSR (Corporate Social Responsibility) kelolaan KSCC & SAFC Training & Consultant yang telah beroperasi sejak sekian lama.

SAMBIL ANDA MENYERTAI PERTANDINGAN MEMANCING, ANDA BOLEH BAWA SELURUH AHLI KELUARGA ANDA UNTUK MELAWAT MINI ZOO KSCC DENGAN PELBAGAI AKTIVITI PERMAINAN UNTUK ANAK-ANAK ANDA ATAU MENGINAP DI BILIK – BILIK PENGINAPAN YG ADA DI KSCC. PATUHI S.O.P KKM.
#AllahJagaKita

Tempahan Pendaftaran Penyertaan dengan memberikan Nama Penuh dan Nombor Telefon HP melalui panggilan telefon atau whatsapp kepada kami :
http://www.wasap.my/60194814845/DaftarMancingKSCC
http://www.wasap.my/60125474845/DaftarMancingKSCC

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi staff di talian 0194814845 / 0125474845 / 01151102483 (waktu pejabat/ kami buka 7 hari seminggu) @ email kami : safctrainingconsultant@gmail.com.
#Sila layari juga : http://www.ksccjeram.com
http://www.facebook.com/kscc.jeram

Tolong pakat share ramai-ramai ye… ! Jika ada peserta yg datang menyertai pertandingan ini, mudah – mudahan anda juga akan dapat pahalanya, insya Allah. Sebab sebahagian dari kutipan yuran penyertaannya adalah untuk membiayai pengajian Pondok Balai Ilmu (PBI) kami.