Skip to main content

KAMPUNG PELANGI KUALA SELANGOR / KUALA SELANGOR RAINBOW VILLAGE (KSRV)

Terletak di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) di Kampung Bukit Hijau, Jeram Selangor. Lokasi KSRV berhampiran Bandar Puncak Alam. (Link lokasi)

Berinspirasikan Kampung Pelangi yang telah wujud dan viral di Korea, Taiwan dan Indonesia. Diusahakan oleh seorang guru yg berhasrat untuk membawa dan merasai keriangan, keceriaan dan keindahan pada keluarga kita semua tanpa perlu pergi keluar negara…

APA YANG MENARIK DI KAMPUNG PELANGI KUALA SELANGOR + KSCC MINI ZOO

1) Terdapat hanya 3 Kampung Pelangi di Malaysia setakat ini :-
– Kampung Pelangi Kuala Perlis, Perlis
– Kampung Pelangi Sg Bidor, Kelantan.
– Kampung Pelangi Kuala Selangor, KSCC Jeram Selangor

2) Konsep yang unik terdapat di sini, menggabungkan 3 tarikan dalam 1 tempat (3 in 1) :-
– Tarikan warna-warni Kampung Pelangi
– Tarikan pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan seperti Homestay, Busstay, Cabinstay, Tubestay, Hobbitstay dan lain-lain.
– Tarikan ada pelbagai haiwan kampung dan eksotik seperti Arnab, Arkus, Ayam Belanda, Burung Merak, Rusa, Kuda, Angsa, Ostrich, Iguana, Prairie Dog dan sebagainya.

3) Antara keistimewaan lain tempat ini :-
– Rasai tinggal dalam suasana kampung tradisional yang tenang dan damai seperti pagi yang dingin, dengar suara kokokan ayam, jeritan angsa, embekan kambing dan seumpamanya
– Tinggal dalam kawasan Mini Zoo dengan pelbagai jenis haiwan. Boleh melihat haiwan yang aktif dan mendengar bunyi unggas di waktu malam.
– Ada disediakan pelbagai aktiviti outdoor yang menarik untuk tarikan kanak-kanak agar dapat melupakan sebentar bermain gajet seperti bermain Yoyocart, Archery, Wall Climbing, Fish Catching, ATV Drum Train dan sebagainya

 

HARGA TIKET MASUK KAMPUNG PELANGI KUALA SELANGOR + MINI ZOO + 11 AKTIVITI PERCUMA

LOKASI :

https://maps.app.goo.gl/uPKJG2AfydU4wA8w6

HARGA TIKET :

KEWARGANEGARAAN

KATEGORI

HARGA WEEKDAYS

HARGA WEEKEND

WARGANEGARA

DEWASA

RM 16

RM 18

KANAK-KANAK(3-12 TAHUN)


WARGA EMAS & OKU

RM 12

 

RM14

RM 14

 

RM16

BUKAN WARGANEGARA

DEWASA

RM 16

RM 18

KANAK-KANAK(3-12 TAHUN)


WARGA EMAS & OKU

RM 12

 

RM14

RM 14

 

RM16

🆓Penyewa penginapan & kanak-kanak di bawah umur 3 tahun PERCUMA!

NOTA :
Sebahagian duit bayaran tiket masuk, sewaan bilik penginapan dan bayaran pakej, diperuntukan untuk kelestarian Pondok Balai Ilmu (PBI). Iaitu Kelas Pengajian Iqra’ & Al-Quran untuk kanak-kanak, Pengajian Fiqh Muslimat dan Pengajian Daurah Kitab untuk umum secara percuma kepada masyarakat setempat.

Kesemuanya dilaksanakan di Surau KSCC.  Merupakan sebuah program CSR (Corporate Social Responsibility) kelolaan KSCC & SAFC Training & Consultant yang telah beroperasi sejak sekian lama.

WAKTU OPERASI :
#Isnin hingga Khamis.
Buka jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja. (REHAT & SOLAT 1.00 – 2.00 ptg)
#Jumaat.
Buka jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja. (REHAT & SOLAT 12.30 – 2.30 ptg)
#Sabtu dan Ahad / Public Holiday.
Buka jam 9.00 pagi hingga jam 6.00 petang. (REHAT & SOLAT 1.00 – 2.00 ptg)

10 AKTIVITI PERCUMA :
1. PERCUMA main Yoyocart 1 kali slide. Slide seterusnya berbayar :
a) 2 X Slide = 1 kupon
b) 4 X Slide = 2 kupon
c) 6 X Slide = 3 kupon
TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA YOYOCART SENDIRI

2. PERCUMA archery / Memanah utk 2 anak panah awal. Anak panah seterusnya berbayar :
a) 5 Anak Panah = 1 kupon
b) 10 Anak Panah = 2 kupon
c) Jumlah anak panah seterusnya mesti dalam gandaan 5 pada nilai tetap 1 kupon untuk 5 anak panah.
TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA SET MEMANAH SENDIRI

3. PERCUMA menggunakan dapur masak grill BBQ (arang & kipas tidak disediakan)
4. PERCUMA bersantai di Hammock / Buai kain yg berwarna – warni
5. PERCUMA mencabar diri melalui obstacle / Rentas halangan kem.
6. PERCUMA mandi di Mini Swimming Pool (untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sahaja.)
7. PERCUMA masuk ke kawasan Pet Feeding (makanan ada dijual di kaunter hadapan. 3 bungkus RM 10.00 (untuk Arnab, Angsa, Kuda, Ikan dan Rusa).h
8. PERCUMA ambil gambar dihadapan tempat-tempat menarik di KSCC Spt Hobbitstay, Tubestay kemudian upload Check-in di fb KSCC. (Berpeluang utk memenangi PENGINAPAN FREE 1 malam jika gambar terpilih sebagai pemenang peraduan bulanan).
9. PERCUMA bermain extreme sport Kids Wall Climbing (Risiko atas tanggungjawab ibu bapa / penjaga).
10. PERCUMA masuk dan menikmati keindahan bunga di Taman Flora KSCC (ada jualan pasu & bunga).
11. PERCUMA Main lompat-lompat di Trampoline KSCC.

AKTIVITI BERBAYAR :
1. Sewa Basikal – Keliling kawasan kem hanya
– 2 kupon sejam basikal
2. Keretapi Drum ATV – 1 kupon seorang (1 kali pusing track laluan)
3. Junior Archery – Main set anak panah plastik 1 kupon sejam seorang !
4. Menangguk ikan kecil 1 kupon sejam seorang + boleh bawa balik 2 ekor ikan kecil sahaja.
5. Memancing di kolam ikan KSCC (Joran & umpan bawa sendiri) 1 joran 2 kupon shj sehari. Tangkap & lepas semula. Ikan Patin, Haruan, Keli, Talapia & Puyu.
6. Aktiviti kesenian ‘Sand Art’ 1 kupon dapat sekeping shj. (boleh bawa balik)
7. Main Kinetic Sand 1 kupon sejam
8. Pandu ATV 6 kupon untuk dua pusingan (ikut track ATV Drum)

AKTIVITI SAMPINGAN F.O.C :
– Menggunakan dapur BBQ yg disediakan (Arang beli sendiri)
– Bermain Pingpong. Carrom, Snooker dan Congkak.

 

SEMUA PENGUNJUNG DIKEHENDAKI MEMAKAI MASK DAN SENTIASA MEMATUHI S.O.P YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK KKM.